akhirnya takdir membawa aku berjumpa dengan dr.hamid arshat.pakar tersohor untuk kesihatan wanita.terima kasih pada puan zarina yg merekemenkan aku berjumpa dgn doctor.itupun selepas setahun lebih memujuk...barulah terbuka hati.
mungkin Allah ingin memudahkan segalanya.pertamanya..aku sudah lupa bila sebenarnya tarikh yg diberi sewaktu cuba buat appoitment dalam bulan november 2013.yg aku ingat cuma bulan may.disebabkan perangai mudah lupa aku ni...aku call nak check kembali tarikh sebenar.tiga kali call..nurse ckp takde rekod.agak cuak juga kerana aku yakin yg appointmentku bulan may 2014.kli ke 3 itu juga nurse minta aku hadir 6hb.aku call hari jumaat.selasa minggu depan dah dpat.alhmdulillah..syukur.
sekarang aku ada disini.di klinik dr. berdebarnya jantung..baru sahaja lepas first screen dari nurse..dia tanya background n sejarah kesihatan.aku dan tentulah encik suami.
sementara menunggu next round..tengok berita di tv.Alfatihah...seniman tersohor..Dato Aziz Satar..telah kembali ke pangkuan Illahi. Allahuakbar..takdir Allah.
sepuluh minit berlalu..maka terungkap kembali sejarah aku sepanjang bergelar isteri kepada en suami.bulan julai ini genap 4 tahun perkahwinan kami.alhamdulillah.syukur.
teringat sewaktu kursus kawin.ustaz membincangkan tentang poligami.bertanyakan pendapat aku mengenai hal ini.masih aku ingat jawapanku pada hari itu.."insyaAllah saya redha kalau saya tak sempurna sebagai isteri".pada fikiranku pada ketika itu..isteri sempurna bukan sahaja menjalankan tanggungjawap sebagai isteri..tetapi juga menjadi ibu buat anak2.mungkin Allah nak uji aku..uji suamiku..uji keluargaku.oh Allah..Sesungguhnya..aku yakin pada janjiMu ya Allah.yakin dengan takdirMu adalah terbaik buat aku.
debar dihati tak surut lagi...sabar menanti giliran..oh..aku no.4....alhmadulillah...
sejuknya mata melihat dr.rasa nk menitis air mata ni..scan vagina..off cozla PCOS.dr. bagi tahu aku kene operate.betulkan rahim dan laser ke ovari.atau ovary drilling..bersihkan rahim.cost about 6.5k. dr.nasihatkan aku turunkan berat badan.ye doc...memang tengah berusaha doc.aritu dh turun....naik balik...anyway doc kata aku boleh mengandung..alhamdulillah....insyaAllah..demi thariq anak ibu ..ibu akan berusaha.
so balik ni....aku kene buat check list...what to do.check insuran cover or not.jaga badan kasi kurus...
Allah telah menggerakkan aku jumpa doctor...Allah telah kurniakan doctor yg dapat membantu....aku akan berusaha tanpa berhenti.
buat dr.hamid...semoga sihat selalu.... di panjangkan umur...dapatlah membantu kami....
Alhamdulillah, smg Allah permudahkan utk aya bagi steps yg seterusnya...Amin...
ReplyDelete