Pages

Agoraphobia - It is real...at least for me.

Tuesday, February 16, 2021

Agoraphobia

Terbaca satu famous blog ni regarding this topic.

Kalau ada yang mengikuti blog saya ini, 7 tahun lepas saya pernah cuba untuk dapatkan lesen memandu buat kali ke 3. Ye, hingga ke hari ini, saya masih belum memiliki lesen memandu.

Bukan saya tidak mencuba, malah berkali-kali. Memang ini sentiasa menjadi halangan untuk saya bergerak lebih jauh. Dalam melaksanakan tugas-tugas kerja juga kadang-kadang menjadi masalah buat saya. Tapi saya bersyukur dengan rakan-rakan sepejabat/bos kerana memahami. Biasanya saya amik grab sahaja atau naik LRT /MRT /Monorail sahaja ke mana-mana meeting.

Hanya mereka yang mengalami masalah yang sama dengan saya akan merasai apa yang saya rasa. Mungkin kerana fobia excident yang saya pernah alami menyebabkan saya tidak punya keberanian. Dah berbuih mulut suami saya nasihat yang saya perlu ada lesen memandu. Bukan terlalu manja, bukan. Tapi sukarnya saya jelaskan dengan kata-kata.

Bukan sahaja memandu, tetapi menaiki kapal terbang juga menjadi masalah buat saya. Setiap kali perlukan saya menaiki kapal terbang terutamanya kerana tugas, seminggu sebelum itu pun keresahan melampau dah melanda diri saya ni. Allahuakbar. Pernah sekali tu saya tak dapat mengawalnya, saya menangis kerena berlaku sedikit gelombang sewaktu penerbangan. Entah siapa-siapa saya peluk kerana panic attack.

Memang ketakutan ini kadang-kadang menjadi bahan lawak buat sesetengah orang. Tapi tidak bagi kami yang melaluinya. 

Oleh itu, sokongan amatlah kami perlukan. Bukan ejekan.

Kalau bab lain, lautan sangup direnang. 

Semoga Allah berikan keberanian ini buat kita yang mengalaminya. 

Amin.

No comments:

Post a Comment

Alamak Gas Habis!

  Pasti ibu - ibu pernah merasa..pantang sungguh bila tengah syok masak, gas habis.. ahh..dah tergendala rentak memasak. Jadi, saya sarankan...

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS