Pages

Alamak Gas Habis!

Thursday, February 18, 2021

 

Pasti ibu - ibu pernah merasa..pantang sungguh bila tengah syok masak, gas habis.. ahh..dah tergendala rentak memasak.

Jadi, saya sarankan disetiap rumah sekurang-kurang nya ada dua tong gas. satu pakai satu backup. Jom semak harga gas semasa (as at Feb 2021)

sumber: Google


Harga gas memasak boleh tahan sekarang. almost RM30 dah. buat ibu bekerja macam saya, satu tong tu tahan la sebulan. tapi musim MCO 2.0 ni, ari-ari kene masak, so cepatla abisnya.

Antara alternatif kalau gas tiba-tiba abis adalah menggunakan rice cooker. hehe..saya pernah masak kari (yg dah separuh masak) kat dalam rice cooker. Time-time emergency, memang berguna rice cooker ni. Janji masak.

Ok. Jumpa lagi di next siaran.




Agoraphobia - It is real...at least for me.

Tuesday, February 16, 2021

Agoraphobia

Terbaca satu famous blog ni regarding this topic.

Kalau ada yang mengikuti blog saya ini, 7 tahun lepas saya pernah cuba untuk dapatkan lesen memandu buat kali ke 3. Ye, hingga ke hari ini, saya masih belum memiliki lesen memandu.

Bukan saya tidak mencuba, malah berkali-kali. Memang ini sentiasa menjadi halangan untuk saya bergerak lebih jauh. Dalam melaksanakan tugas-tugas kerja juga kadang-kadang menjadi masalah buat saya. Tapi saya bersyukur dengan rakan-rakan sepejabat/bos kerana memahami. Biasanya saya amik grab sahaja atau naik LRT /MRT /Monorail sahaja ke mana-mana meeting.

Hanya mereka yang mengalami masalah yang sama dengan saya akan merasai apa yang saya rasa. Mungkin kerana fobia excident yang saya pernah alami menyebabkan saya tidak punya keberanian. Dah berbuih mulut suami saya nasihat yang saya perlu ada lesen memandu. Bukan terlalu manja, bukan. Tapi sukarnya saya jelaskan dengan kata-kata.

Bukan sahaja memandu, tetapi menaiki kapal terbang juga menjadi masalah buat saya. Setiap kali perlukan saya menaiki kapal terbang terutamanya kerana tugas, seminggu sebelum itu pun keresahan melampau dah melanda diri saya ni. Allahuakbar. Pernah sekali tu saya tak dapat mengawalnya, saya menangis kerena berlaku sedikit gelombang sewaktu penerbangan. Entah siapa-siapa saya peluk kerana panic attack.

Memang ketakutan ini kadang-kadang menjadi bahan lawak buat sesetengah orang. Tapi tidak bagi kami yang melaluinya. 

Oleh itu, sokongan amatlah kami perlukan. Bukan ejekan.

Kalau bab lain, lautan sangup direnang. 

Semoga Allah berikan keberanian ini buat kita yang mengalaminya. 

Amin.

Perancangan Kewangan Sewaktu Mengandung - Part 1

Membuat perancangan kewangan ketika kehamilan adalah menjadi keperluan. Perancangan adalah melibatkan ketika kehamilan, persediaan untuk melahirkan , persediaan di dalam pantang dan perancangan selepas pantang dan kembali bekerja. Kenapa perlunya perancangan kewangan? Menyediakan bajet yang sesuai dapat membantu keluarga membuat pembelian keperluan makanan yang sesuai dan dapat mengelak daripada berlaku pembaziran.

Kita mulakan dengan perancangan kewangan ketika kehamilan.




Terus terang saya cakap, keluarga kecil kami Alhamdulillah cukuplah untuk makan dan pakai kami. Keluarga yang cukup sederhana. Maklumlah duduk di Kuala Lumpur , kos hidup memang tinggi. Jiwa-jiwa yang kental sahaja mampu teruskan hidup di sini.

Apabila dapat tahu sahaja kehamilan yang kedua pada usia 37 tahun, saya agak berdebar. Syukur segala rezeki yang Allah aturkan. Selepas anak pertama berusia enam tahun,kini kembali memikirkan tentang kandungan. Satu nikmat yang Allah sahaja yang tahu perasaannya.

Berbalik kepada perancangan kewangan, apa yang penting dipikirkan ketika awal kehamilan adalah keperluan nutrisi ibu. Antara keperluan semasa mengandung adalah:

1. Susu ibu mengandung
2. Makanan berkhasiat dan Supplement/Vitamins
3. Pakaian Harian dan Pakaian Kerja (Pssttt......Pakaian dalaman)

Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil ialah:

  1. menyediakan senarai keperluan perbelanjaan semasa mengandung - (contoh seperti diatas, itu saya ye, mungkin setiap orang itu berbeza)
  2. memperolehi harga yang lebih murah melalui promosi mingguan atau bulanan, (ini memang kene rajin, so saya follow facebook tesco, giant, aeon big - semata nak tengok any promotion untuk barangan keperluan)
  3. membuat pembelian secara atas talian (online) - ini saya gunakan untuk mencari pakaian ibu mengandung , pakaian kerja dekat Shoppee/Lazada harga sgt berpatutan, jauh dari harga di AEON.

Susu ibu mengandung.




Banyak produk-produk susu ibu mengandung di pasaran. Saya pon cubalah mana yang sesuai pada usia awal kehamilan aritu. Mulanya saya try Anmum vanila, tak lalu. lepas tu Anmum Coklat..cannot also,jadi cirit birit dah sangat tidak selesa perut. Kemudian beralih kepada susu  Similac Mom..konon-konon..tak boleh jugak. Hati tersangatlah bimbang, kerana simtomnya sama.

Saya nasihat kan ibu-ibu agar rajin lah melawat laman web produk-produk susu di pasaran. Disana anda boleh dapatkan sample-sample susu untuk cubaan. 

Setelah beberapa kali cuba dan cuba dan atas nasihat doctor, rupanya untuk kehamilan kali ini, doctor ckp i'm  lactose intolerance. (will further deliberate on this matter in next coming post, insyaAllah). Sebagai alternative, saya mengambil pil kalsium atas nasihat doc.


Makanan Berkhasiat

Ibu mengandung juga memerlukan perbelanjaan makanan tambahan bagi penjagaan kehamilan agar dapat memberikan permulaan yang sihat kepada bayi. Antara makanan tambahan kehamilan yang terbaik adalah seperti:

  1. Asid Folik - Harga dalam RM 50 - RM150 (saya ambil di KKIM sahaja, free)
  2. Omega 3 (Minyak Ikan) – Harga adalah sekitar RM50 hingga RM200.
  3. Obimin – Harga adalah sekitar RM50 hingga RM150.
  4. Makanan Tambahan - MaMariam - RM190
  5. Madu - RM 90 - RM180
  6. Multivitamin - RM 50-RM150
  7. Buah-buahan segar - Ikut kemampuan (saya suka tembikai)
  8. Ikan dan ayam segar- Ikut kemanpuan
  9. Sayur-sayuran -Ikut kemampuan
Ibu -ibu yang mengidam, didoakan semoga semua makanan yang kita ambil memberi baraqah/khasiat buat anak dalam kandungan kita ya. (psst , termengidam teloq belangkas..alhamdulillah dapat.)

Yang penting, makanan yang berkhasiat, insyaAllah membawa kebaikan kepada anak yang kita kandung. Untuk supliment, jangan lupa dapatkan nasihat doktor anda dulu ye! ! Lain padang lain belalang, lain orang,lain halnya.

Pakaian

Semakin bertambah usia kandungan,semakin takde baju yang muat. Mulalah kelam kabut mencari baju. Saya banyak menggunakan online shopping untuk persediaan kali ini. Maklumlah, ketika musim PKP 2.0 ni, mana boleh keluar rumah. Jadi, ibu-ibu boleh la rajin-rajin tengok di online shopping portal untuk dapatkan pakaian yang berkenan. Ambil saiz yang besar, boleh pakai sampai 9 bulan..jimat..

Untuk pakaian dalam pula, mungkin amat limited. Kena la carik merata juga. Saya selesa beli di AEON. Terpulang pada ibu-ibu. Tapi pemilihan pakaian dalam penting juga untuk keselesaan kita. Atau, anda lebih selesa tanpanya? Opss. Ini rahsia kita2 je tau.

Saya akan sambung topic ini dalam Siri 2 nanti.

Didoakan semoga semua bakal-bakal ibu sihat dan kandungan sempurna. Semoga anak-anak kita akan jadi anak yang soleh dan solehah. Buat ibu-ibu, bertabahlah ketika mengandung. Tabah ketika mengandung, besar pahalanya.

Titipkan komen anda dibawah dan share sebarang tips untuk kita ibu-ibu yang berada didalam phasa paling indah. 

Jumpa lagi.

#MerancangSecaraBerhemah
#IbuBijak


Kembali Bersiaran

Salam Sejahtera,

Dear Reader,

Bersarang sudah blog ini, lama sudah akal berhenti memikirkan.  lama sudah pena ini tidak menari. 

Hari ini datang kembali kekuatan dalam diri untuk kembali ke sini, menghadap satu lagi sisi hidup. Maklumlah, kehidupan harian terlalu penuh jadual. 24 jam yang diberi masih terasa tidak cukup.

Kehidupan, Alhamdulillah 37 Tahun, masih diberikan peluang oleh-Nya, menghirup udara mengisi ruang- ruang di dalam paru-paru, membekalkan oksigen di dalam darah yang mengalir ke dalam jantung, meneruskan degupan.

Hari ni, kita takkan cakap mengenai takdir. Percayalah, sungguhnya, segala takdir, atur hidup kita hari ini adalah yang terindah seperti yang dirancang Allah. Dan kita telah menerima setiap garisan kehidupan kita sejak dari dalam dunia rahim lagi. Maka teruskan hidup. Walau seribu kali pon kita jatuh.

Blog ini akan sentiasa menjadi medan untuk meluahkan sesuatu yang dipanggil rasa. Maka, ia akan kembali bersiaran bersama topik-topik rawak yang pada ketika itu dan masa itu bermain dalam rona pemikiran.

Selamat datang tahun 2021, biarpun sudah menghampiri Mac 2021, tapi masih tinggi harapan yang dipasang buat tahun ini. 

Semoga bukan yang terakhir.

Selamat!






Luka

Wednesday, February 14, 2018

Cinta,
kalau aku bisa robekkan dadaku
pasti kau lihat betapa hancurnya hati aku

Cinta,
Beribu kali kau ucapkan maaf
Aku cuma mampu bisu

Cinta,
mahalnya erti jujur
mahalnya erti ikhlas
mahalnya erti percaya

Cinta,
Mana mungkin aku sempurna lagi
Kerana tiada lagi dirimu yang dulunya kita
Takkan sempurna walau oleh waktu
Walau tiada habisnya 


plot kenangan

Pasti. Satu hari nanti, aku akan jadi kenangan buat kalian. tapi, aku sebagai subject didalam kenangan itu, tidak pasti dikelaskan sebagai apa. sebagai yang paling manis, paling suka senyum dan ketawa,menjengkelkan atau paling hebat. Mungkin juga paling pahit.

Yang pasti, kenangan dengan aku itu, sesuatu yang sangat berlainan dengan jiwa aku yang sebenar aku. tiada siapa yang mengenal aku kecuali aku dan sudah semestinya yg mencipta aku.

Ada satu yang aku harapkan, biar kenangan bersama aku itu sudah seusia aku,atau beabad kemudian, hanya berharap agar diberikan aku peluang untuk menjadi kenangan yang terpaling indah.

dan jika dengan kenangan itu mewujudkan kepiluan, keresahan, kekosongan, maka tujukan segala puji-pujian itu pada Dia yang kekal..dan sentiasa ada.



end of 2017

Monday, November 20, 2017

Tick tock tick tock.

More than two years tak update my blog. wow. tak percaya.

But , Alhamdulillah, i'm still here.

As you know, my little baby now is 2 years old.  Everyday a new things to explore.

Moga Allah bagi rezeki untuk kita2 semua mendapat zuriat penyeri dan pengukuh keluarga.

To all PCOSer, dont give up! Kita kene berusaha sehingga akhir!

Yakinlah, setiap usaha pasti ada ganjaran. Jangan lupa bertawakal dan yakin dengan Takdir Allah.

bonda sentiasa menyayangimu

Sunday, September 13, 2015

anak ibu. .arini ibu tengok anak ibu ni 4D kat klinik dengan babah.menitis air mata ibu sayang...tak tergambar dengan kata -kata...melihat kau senyum..menguap...tangan kaki begitu aktif dalam perut ibu..syukurnya rasa Allah memberi peluang kepada ibu.merasai kau membesar dalam rahim ibu .31 minggu dalam rahim ibu..alhamdulillah..

sayang ibu..kau terimalah segala takdir dirimu sayang..kau redhalah..kerana itu terbaik buatmu..Allah sentiasa ada sayang.

ibu dan abah..selalu menyayangi mu..

jadilah anak yg beriman pada Allah..yg akan doakan ibu dan abah bila kami dah tiada nanti.. anak yg menjaga abah n adik2 nanti.

anak ibu..semoga Allah memberikan rahmatNya buat mu..

anak ibu..ibu sentiasa menyayangimu.

apa yg membelenggu

hidup didunia ini indah dengan ada nya dugaan.maka jgn dibiarkan rasa itu membelenggu mu sayang. kuatkan.tabahkan.kentalkan hatimu.aku selangkah dibelakangmu.di kiri kanan mu.dihatimu.

membilang waktu

prjam celik.masa pantas berlari.

fuh.dugaaaaan

Monday, July 27, 2015

demam time prgnant.memang merisaukan.but redha jela dengan dugaan ini.kuatkan semangat!yes u can do it!

Alamak Gas Habis!

  Pasti ibu - ibu pernah merasa..pantang sungguh bila tengah syok masak, gas habis.. ahh..dah tergendala rentak memasak. Jadi, saya sarankan...

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS