Pages

Perancangan Kewangan Sewaktu Mengandung - Part 1

Tuesday, February 16, 2021

Membuat perancangan kewangan ketika kehamilan adalah menjadi keperluan. Perancangan adalah melibatkan ketika kehamilan, persediaan untuk melahirkan , persediaan di dalam pantang dan perancangan selepas pantang dan kembali bekerja. Kenapa perlunya perancangan kewangan? Menyediakan bajet yang sesuai dapat membantu keluarga membuat pembelian keperluan makanan yang sesuai dan dapat mengelak daripada berlaku pembaziran.

Kita mulakan dengan perancangan kewangan ketika kehamilan.




Terus terang saya cakap, keluarga kecil kami Alhamdulillah cukuplah untuk makan dan pakai kami. Keluarga yang cukup sederhana. Maklumlah duduk di Kuala Lumpur , kos hidup memang tinggi. Jiwa-jiwa yang kental sahaja mampu teruskan hidup di sini.

Apabila dapat tahu sahaja kehamilan yang kedua pada usia 37 tahun, saya agak berdebar. Syukur segala rezeki yang Allah aturkan. Selepas anak pertama berusia enam tahun,kini kembali memikirkan tentang kandungan. Satu nikmat yang Allah sahaja yang tahu perasaannya.

Berbalik kepada perancangan kewangan, apa yang penting dipikirkan ketika awal kehamilan adalah keperluan nutrisi ibu. Antara keperluan semasa mengandung adalah:

1. Susu ibu mengandung
2. Makanan berkhasiat dan Supplement/Vitamins
3. Pakaian Harian dan Pakaian Kerja (Pssttt......Pakaian dalaman)

Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil ialah:

  1. menyediakan senarai keperluan perbelanjaan semasa mengandung - (contoh seperti diatas, itu saya ye, mungkin setiap orang itu berbeza)
  2. memperolehi harga yang lebih murah melalui promosi mingguan atau bulanan, (ini memang kene rajin, so saya follow facebook tesco, giant, aeon big - semata nak tengok any promotion untuk barangan keperluan)
  3. membuat pembelian secara atas talian (online) - ini saya gunakan untuk mencari pakaian ibu mengandung , pakaian kerja dekat Shoppee/Lazada harga sgt berpatutan, jauh dari harga di AEON.

Susu ibu mengandung.




Banyak produk-produk susu ibu mengandung di pasaran. Saya pon cubalah mana yang sesuai pada usia awal kehamilan aritu. Mulanya saya try Anmum vanila, tak lalu. lepas tu Anmum Coklat..cannot also,jadi cirit birit dah sangat tidak selesa perut. Kemudian beralih kepada susu  Similac Mom..konon-konon..tak boleh jugak. Hati tersangatlah bimbang, kerana simtomnya sama.

Saya nasihat kan ibu-ibu agar rajin lah melawat laman web produk-produk susu di pasaran. Disana anda boleh dapatkan sample-sample susu untuk cubaan. 

Setelah beberapa kali cuba dan cuba dan atas nasihat doctor, rupanya untuk kehamilan kali ini, doctor ckp i'm  lactose intolerance. (will further deliberate on this matter in next coming post, insyaAllah). Sebagai alternative, saya mengambil pil kalsium atas nasihat doc.


Makanan Berkhasiat

Ibu mengandung juga memerlukan perbelanjaan makanan tambahan bagi penjagaan kehamilan agar dapat memberikan permulaan yang sihat kepada bayi. Antara makanan tambahan kehamilan yang terbaik adalah seperti:

  1. Asid Folik - Harga dalam RM 50 - RM150 (saya ambil di KKIM sahaja, free)
  2. Omega 3 (Minyak Ikan) – Harga adalah sekitar RM50 hingga RM200.
  3. Obimin – Harga adalah sekitar RM50 hingga RM150.
  4. Makanan Tambahan - MaMariam - RM190
  5. Madu - RM 90 - RM180
  6. Multivitamin - RM 50-RM150
  7. Buah-buahan segar - Ikut kemampuan (saya suka tembikai)
  8. Ikan dan ayam segar- Ikut kemanpuan
  9. Sayur-sayuran -Ikut kemampuan
Ibu -ibu yang mengidam, didoakan semoga semua makanan yang kita ambil memberi baraqah/khasiat buat anak dalam kandungan kita ya. (psst , termengidam teloq belangkas..alhamdulillah dapat.)

Yang penting, makanan yang berkhasiat, insyaAllah membawa kebaikan kepada anak yang kita kandung. Untuk supliment, jangan lupa dapatkan nasihat doktor anda dulu ye! ! Lain padang lain belalang, lain orang,lain halnya.

Pakaian

Semakin bertambah usia kandungan,semakin takde baju yang muat. Mulalah kelam kabut mencari baju. Saya banyak menggunakan online shopping untuk persediaan kali ini. Maklumlah, ketika musim PKP 2.0 ni, mana boleh keluar rumah. Jadi, ibu-ibu boleh la rajin-rajin tengok di online shopping portal untuk dapatkan pakaian yang berkenan. Ambil saiz yang besar, boleh pakai sampai 9 bulan..jimat..

Untuk pakaian dalam pula, mungkin amat limited. Kena la carik merata juga. Saya selesa beli di AEON. Terpulang pada ibu-ibu. Tapi pemilihan pakaian dalam penting juga untuk keselesaan kita. Atau, anda lebih selesa tanpanya? Opss. Ini rahsia kita2 je tau.

Saya akan sambung topic ini dalam Siri 2 nanti.

Didoakan semoga semua bakal-bakal ibu sihat dan kandungan sempurna. Semoga anak-anak kita akan jadi anak yang soleh dan solehah. Buat ibu-ibu, bertabahlah ketika mengandung. Tabah ketika mengandung, besar pahalanya.

Titipkan komen anda dibawah dan share sebarang tips untuk kita ibu-ibu yang berada didalam phasa paling indah. 

Jumpa lagi.

#MerancangSecaraBerhemah
#IbuBijak


1 comment:

  1. saya pon berdebor.. tapi ok.. sama Pcoser tapi Allah bg peluang melalui moment indah ini

    ReplyDelete

Alamak Gas Habis!

  Pasti ibu - ibu pernah merasa..pantang sungguh bila tengah syok masak, gas habis.. ahh..dah tergendala rentak memasak. Jadi, saya sarankan...

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS